30 August 2009

BN Jepun tewas tertiarap!

The opposition Democratic Party of Japan (DPJ) is set for a massive election victory, exit polls suggest.

The DPJ has won 300 seats in the 480-seat lower house, ending 50 years of almost unbroken rule by the Liberal Democratic Party (LDP), NHK TV says.

The DPJ says it will shift the focus of government from supporting corporations to helping consumers and workers.

Japan is suffering record unemployment and its economy is struggling to emerge from a bruising recession.

Analysts say voters blame the LDP for the current economic malaise - and are angry enough to opt for change.

The conservative LDP, led by Prime Minister Taro Aso, has governed Japan for all but 11 months since 1955.

source - BBC News

Majlis Berbuka Puasa di Yan




Majlis program berbuka puasa YB Ahli Parlimen Jerai bersama penduduk Kg. Jawa, Yan telah berlangsung meriah. Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah Ramadhan oleh YB dan diikuti dengan bacaan tahlil arwah sebelum masuknya waktu berbuka.

Dalam program itu juga, YB berkesempatan untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga-keluarga miskin di kawasan sekitar. Ramai penduduk melahirkan rasa gembira mereka dengan program tersebut.

Penentuan Pilihanraya Kecil Kota Siputeh

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

-Mstar Online.

DILEMA UMNO

Isu Sebat Kartika telah meletakkan Umno di dalam dilema. Jika betullah Malaysia ini negara Islam seperti yang dicanangkan mantan PM, Dr M sejak bertahun yang lalu, kenapa menjadi riuh ketika hukuman oleh Mahkamah Syariah itu hendak dilaksanakan? Berbagai alasan diberikan. Antara alasannya, Menghormati Bulan Ramadhan, Tiada tukang sebat yang pakar mengikut syariah , Menjaga Imej negara dan sebagainya.

Mengapakah Perdana menteri dan menteri-menteri UMNO cuba untuk campurtangan dalam perlaksanaan Mahkamah Syariah. Tidakkah itu melanggar prinsip pemisahan kuasa ?

"Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum Beer", kata Dr Mahathir dalam nada sinis dalam blognya.

Walaupun Dr Mahathir dalam pengumuman "Malaysia adalah negara Islam" pada tahun 2001 semasa Mesyuarat Agung Gerakan, sebenarnya cuba membentuk sendiri dan merampas definisi negara Islam, kemudiannya ia telah ditafsir banyak pihak sebagai langkah ke arah pelaksanaan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara.

Penggantinya pula Tun Abdullah Ahmad Badawi menyambung tradisi itu dengan memperkenalkan Islam Hadhari yang kini tinggal slogan sahaja.

Slogan demi slogan diwar-warkan untuk menyaingi kejayaan PAS yang semakin mendapat tempat selepas pilihanraya 1999. Selepas itu, UMNO cuba menonjolkan dirinya sebagai Parti yang menegakkan Islam, lebih Islamik daripada PAS.

Apabila Tok Guru menyatakan Islam yang dibawa UMNO adalah Islam plastik atau Islam palsu, mereka melenting marah. Jika betul mereka mahukan Islam, mahu menjalankan hukum Islam, Kes sebat kartika itu sangat mudah untuk ditangani. Langkah awal ialah mengaktakan undang-undang syariah . Sistem perundangan di Malaysia perlu memberi ruang yang secukupnya untuk undang-undang syariah dilaksanakan dengan berkesan dan berwibawa . Biarlah syariah diberi ruang lebih luas untuk menampakkan keadilan dan keistimewaannya. Buat pindaan enakmen hukuman minum arak dan lain-lain kesalahan syariah sama seperti yang dianjurkan Al Quran.

Jangan pula beri alasan tiada pakar untuk menggubal undang-undang Syariah!!

Jika anda ingin menghormati Bulan Ramadhan, laksanakan Islam. Menolak Islam bermakna anda tidak menghormati Ramadhan, bulan yang penuh berkah, bulan diturunkan Al Quran!

28 August 2009

Ustaz Ismail Kamus sihat waalafiat



FUHH! Cepat betul SMS tersebar mengatakan bahawa Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia. Ternyata SMS itu cuma khabar angin dan tak betul sama sekali. Berdasarkan satu sumber, menurut adiknya Mohamad Kamus, Ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat waalafiat dan sedang mengerjakan umrah di Mekah....

Apa yang betul ialah Prof Dr. Ismail Salleh,62 yang meninggal dunia dalam penerbangan dari China-Kuala Lumpur dalam pesawat Tigers Airways kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan kerana serangan jantung.

Allahyarham berasal dari Salor , Kelantan dianggap sebagai seorang insan yang gigih tanpa mempedulikan keadaan fizikalnya. Beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU)(buta) yang pertama di negara ini dilantik menjadi anggota Dewan Negara.

Selain itu Allahyarham juga merupakan orang buta pertama mendapat anugerah Doktor Falsafah. Pernah menjadi pensyarah. Beliau juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Pada masa ini beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech sebuah institusi pengajian tinggi swasta miliknya.

Allahyarham meninggalkan enam orang anak.

27 August 2009

BN terus kecundang

Retorik BN dipandang sepi

Kekalahan BN di Permatang Pasir semakin menambah kelukaan BN yang semakin parah. Rakan komponen BN menyalahkan UMNO yang silap memilih calon dan merangka strategi kempen yang silap dan lapok. Ketika parti komponen BN seperti MCA dan PPP sedang perang besar, parti komponen lain di Sabah dan Sarawak juga sedang bertingkah dan memandang UMNO sebagai punca kemelut dalam BN.

Walaupun Chua Soi Lek berikrar tidak akan menyertai pembangkang setelah dipecat dari MCA, namun penyokong kuat beliau tentu tidak berpuashati dan akan menyokong tindakan pemimpin kesayangan mereka itu. Apakah Chua akan menubuhkan parti baru ?

Kekalahan BN yang ke 7 dalam siri PRK pasca PRU12 amat memeningkan kepala BN. PM sendiri tidak dapat memberi jawapan kenapa BN Kalah.

Pakatan rakyat semakin akrab dan bersemangat. Setiap kali pilihanraya, pimpinan dan ahli PR turun berkempen berganding bahu bekerja tanpa penat. Mereka tidak sabar pula menanti tarikh di DUN Kota Seputih, Kedah pula.

Kekalahan teruk BN di Permatang Pasir boleh diperbaiki jika Najib tidak memperlekeh Tok Guru dengan memutarbelitkan fakta. Juga komen Najib terhadap kes Kartika yang dihukum sebat kerana minum arak.

Calon BN yang kononnya terbaik, turun sebagai calon underdog, sibuk menepis serangan lawan. Isu Rohaizat dibatalkan lesen guaman kerana tidak amanah membuatkan jentera pilihanraya BN sibuk mengalih tumpuan kepada isu syurga dan neraka yang juga memakan diri.

Selepas itu, Rohaizat terpaku pula dengan isu mengabaikan isteri kedua.

Rohaizat boleh membaiki imej dirinya yang terpalit dengan berbagai tuduhan dan contengan yang hodoh. Beliau perlu berkata benar, memohon maaf kepada keluarga isteri keduanya dan buatlah penjelasan yang munasabah. Menafikan telah ada isteri kedua membuatkan pengundi hilang rasa hormat. Berpoligami tidak salah, malah ramai tok guru pondok berpoligami. Kenapa harus berbohong?

Rohaizat patutnya mengambil iktibar atas apa yang berlaku kepada Hero Hollywood, Arnold Schwarzenegger semasa bertanding untuk menjadi Gabenor Florida.

Bila dibangkitkan isu salahlaku seks beliau terhadap seorang wanita, dia tidak berdolak-dalik sebaliknya meminta maaf atas apa yang terjadi. Di barat yang tempang akhlaknya juga menolak pemimpin yang tidak jujur, dan memaafkan mereka yang bercakap benar.

Dalam keadaan sekarang, rasanya BN tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil berikutnya yang dijangka di Kedah. Manakala di Perak, walaupun ura-ura pembubaran DUN akan berlaku pada November ini, saya yakin BN akan berhempas-pulas cuba mengelak.

26 August 2009

Keputusan Rasmi : PAS Menang Besar di Permatang Pasir




Keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR pada pukul 7.30 malam tadi memang sudah dijangka. Rakyat telah menolak BN walaupun diwar-warkan Permatang Pasir sebagai Anak Emas kerajaan BN. Kemenangan bergaya PAS kali ini sangat bermakna selepas menang tipis di Manek Urai dan kempen UMNO yang memperalatkan media, polis, askar dan kemudahan kerajaan seperti sekolah, hospital dan kenderaan kerajaan.

Serangan terhadap Tok Guru Nik Aziz dan strategi politik UMNO yang memainkan isu pengundi hantu memakan diri. Seorang pelajar kampung dengan mudah menjawab, mana ada hantu di bulan puasa ni!

Keputusan Rasmi Prk N11 Permatang Pasir

Mohd Salleh Man (PAS) : 9618
Rohaizat Othman (BN) : 5067
Majoriti : 4551
Undi Rosak : 83
Jumlah keluar Mengundi ; 14,832 (73.1 %)

25 August 2009

PRK N11 Permatang Pasir: TERKINI

Ramai penyokong Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk menyambut kemenangan.

Setakat pukul 6.55 petang, PAS dipercayai memperoleh 8,524 undi manakala calon BN pula 4,063.

Undi dari satu lagi daerah belum dikira.

Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus telah keluar mengundi.

wajah yang digeruni



Ramai petugas PAS yang memakai topeng berlambang PAS di arahkan menanggalkannya dengan alasan tidak boleh berkempen lagi. Arahan double standard itu membuatkan ramai petugas marah kerana Putri Umno yang mengibarkan bendera Dacing sebesar pintu tidak ditegur pula.

PRK N11. TERKINI : PAS 7217, BN 3204.



PAS dijangka mengekalkan kerusi DUN N11 Permatang Pasir dengan majoriti yang selesa. Setakat ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS menang dengan majoriti hampir 4,000 undi.

PAS dipercayai memperoleh 7,217 undi manakala calon BN pul 3,204. Peratus keluar mengundi dipercayai melebihi 73%

PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ust. Salleh Man manakala, Barisan Nasional (BN) diwakili Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Cuaca begitu baik hari ini walaupun sepanjang minggu hujan turun di waktu petang. Suasana di tempat pembuangan undi panas dengan aksi penyokong kedua-dua parti.