27 August 2009

BN terus kecundang

Retorik BN dipandang sepi

Kekalahan BN di Permatang Pasir semakin menambah kelukaan BN yang semakin parah. Rakan komponen BN menyalahkan UMNO yang silap memilih calon dan merangka strategi kempen yang silap dan lapok. Ketika parti komponen BN seperti MCA dan PPP sedang perang besar, parti komponen lain di Sabah dan Sarawak juga sedang bertingkah dan memandang UMNO sebagai punca kemelut dalam BN.

Walaupun Chua Soi Lek berikrar tidak akan menyertai pembangkang setelah dipecat dari MCA, namun penyokong kuat beliau tentu tidak berpuashati dan akan menyokong tindakan pemimpin kesayangan mereka itu. Apakah Chua akan menubuhkan parti baru ?

Kekalahan BN yang ke 7 dalam siri PRK pasca PRU12 amat memeningkan kepala BN. PM sendiri tidak dapat memberi jawapan kenapa BN Kalah.

Pakatan rakyat semakin akrab dan bersemangat. Setiap kali pilihanraya, pimpinan dan ahli PR turun berkempen berganding bahu bekerja tanpa penat. Mereka tidak sabar pula menanti tarikh di DUN Kota Seputih, Kedah pula.

Kekalahan teruk BN di Permatang Pasir boleh diperbaiki jika Najib tidak memperlekeh Tok Guru dengan memutarbelitkan fakta. Juga komen Najib terhadap kes Kartika yang dihukum sebat kerana minum arak.

Calon BN yang kononnya terbaik, turun sebagai calon underdog, sibuk menepis serangan lawan. Isu Rohaizat dibatalkan lesen guaman kerana tidak amanah membuatkan jentera pilihanraya BN sibuk mengalih tumpuan kepada isu syurga dan neraka yang juga memakan diri.

Selepas itu, Rohaizat terpaku pula dengan isu mengabaikan isteri kedua.

Rohaizat boleh membaiki imej dirinya yang terpalit dengan berbagai tuduhan dan contengan yang hodoh. Beliau perlu berkata benar, memohon maaf kepada keluarga isteri keduanya dan buatlah penjelasan yang munasabah. Menafikan telah ada isteri kedua membuatkan pengundi hilang rasa hormat. Berpoligami tidak salah, malah ramai tok guru pondok berpoligami. Kenapa harus berbohong?

Rohaizat patutnya mengambil iktibar atas apa yang berlaku kepada Hero Hollywood, Arnold Schwarzenegger semasa bertanding untuk menjadi Gabenor Florida.

Bila dibangkitkan isu salahlaku seks beliau terhadap seorang wanita, dia tidak berdolak-dalik sebaliknya meminta maaf atas apa yang terjadi. Di barat yang tempang akhlaknya juga menolak pemimpin yang tidak jujur, dan memaafkan mereka yang bercakap benar.

Dalam keadaan sekarang, rasanya BN tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil berikutnya yang dijangka di Kedah. Manakala di Perak, walaupun ura-ura pembubaran DUN akan berlaku pada November ini, saya yakin BN akan berhempas-pulas cuba mengelak.

No comments:

Post a Comment