20 August 2009

Tunggu Kami kaji dulu!! - SPR

Kredibliti SPR teruji lagi. Kes kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah mendapat perhatian. Apabila Speaker DUN Negeri Kedah telah menghantar notis pengosongan, tugas SPR adalah menjalankan piliharaya kecil untuk memilih ADUN yang baru. Kesahihan kekosongan adalah di bawah peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

Namun kini SPR telah menjadi lebih berkuasa ekoran kes rampasan kuasa di Perak.

Mengambil kes di Perak pada Februari lalu, Mahkamah memberi kuasa kepada SPR untuk memutuskan samada kerusi DUN itu kosong atau tidak. Namun begitu, kali ini SPR lebih berhati-hati.

"Oleh kerana kes itu, yang pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini, melibatkan aspek perundangan negeri dan persekutuan, SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam," kata Timbalan Pengerusi suruhanjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Persoalan ini sedang menunggu jawapan berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut.

Abu Hasan tidak hadir sidang Dun dua kali, masing-masing pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail ( gambar).

Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana Adun dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker.

Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker.

"Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya saya beri kebenaran atau tidak? Dia tidak berhubung dengan saya. Kalau dia hantar surat seminggu selepas itu pun tidak ada makna!.Kata Speaker itu lagi.

Walaupun TPM memohon SPR mempertimbangkan faktor kesihatan Datuk Abu Hassan, kerusi itu telah dikira kosong. Alasan Datuk Abu Hassan yang menyatakan tidak tahu undang-undang Dun melucukan kerana beliau telah menjadi ADUN selama 4 penggal.

Apakah SPR berani membuat keputusan dengan membelakangi permintaan TPM?

Apakah jika ADUN Pakatan Rakyat yang terlibat, SPR juga akan mengkaji dahulu sebelum mengisytiharkan pilihanraya kecil?

Apakah ADUN BN selama ini memang buta undang-undang dan membuat tindakan mengikut arahan orang atasan sahaja?

No comments:

Post a Comment