19 August 2009

Nik Aziz Nak Saman Akhbar UMNO

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata “ahli Umno tidak masuk syurga”.

Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya,” katanya sewaktu sidang media di pejabatnya .

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana menyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Ekoran berita itu, Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama diminta mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah wajar jika ulama meneliti apa yang telah diungkapkan oleh Nik Aziz dan memberikan pandangan sama ada kenyataan Mursyidul Am Pas itu benar daripada segi Islam, atau jika bercanggah, apakah pula hukumnya.

Tidak ketinggalan dan berebut-rebut memberi ulasan ialah Mufti Perak. Hanya berasaskan laporan akhbar menjelang PRK Permatang Pasir, Tan Sri Mufti juga ingin mencelah. Perbuatan itu mendapat teguran Nik Aziz’

“Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

“Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar,” ujarnya.

Tambah Datok Nik Aziz lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno,” tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

“Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan UMNO.”

No comments:

Post a Comment