03 October 2009

PRK Bagan Pinang: PAS lawan UMNO

Gendang pilihanraya telah dipalu apabila Pegawai Pengurus SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di antara Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar melawan Tan Sri Md Isa Samad mewakili Barisan Nasional.

Walaupun UMNO menghadapi dilema dalam meletakkan calon, akhirnya akibat desakan penyokong kuat Isa Samad, calon itu dimuktamadkan walaupun Tun Mahathir menentang keras pada awalnya. Kes rasuah yang terpalit sukar dicuci walaupun Isa digantung selama 3 tahun dari UMNO. Jika Isa menang pilihanraya kali ini, imej UMNO akan tercalar teruk kerana meletakkan calon yang korup.

BN cuba mengalih pandangan rakyat tentang rasuah dan penyelewengan BN dengan menembak DS Anwar dengan isu Komunis . Lain yang bertanding, lain pula yang ditembak!

BN mendapat rakan kongsi baru bila Makkal Sakhti turut menyatakan hasrat untuk turun berkempen. Tentunya MIC pening kepala dan cemburu kerana diketepikan pada PRK kali ini.

27 September 2009

BN N9 Dalam bahaya

Menjelang PRK Bagan Pinang, PAS menerima hadiah kemenangan awal apabila pimpinan BN saling bercakaran dan sindir-menyindir. Tun Mahathir tolak Isa Samad sambil cakar Samy Vellu. Isa Samad yang terasa meminta jangan ada orang yang nak ambil tugas Presiden UMNO dalam menentukan calon di Bagan Pinang.

Tun Mahathir menyatakan, jika Isa terpilih, ia menandakan UMNO tidak kisah dengan politik wang dan Rasuah. "Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini." Kata Tun kepada Bernama.

Kritikan Tun itu turut menyinggung Pimpinan UMNO yang lain yang telah disabitkan bersalah oleh Badan Disiplin UMNO seperti Khairy dan Ali Rustam.

Barisan Nasional Negeri Sembilan yang kini bergelut mengelak Pilihanraya kecil berikutnya selepas Bagan Pinang. Terdapat laporan menyatakan
dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN. Sementara ADUN Johol telah menghantar Surat Perletakan Jawatan kerana sedang bergelut dengan kanser tulang.

Tentunya BN akan menolak surat perletakkan jawatan itu. Sindrom takut kalah seperti yang terjadi di Dun Kota Siputeh dan di Perak semakin menular.

Kebimbangan BN ada asasnya kerana kelebihan BN hanya 4 kerusi sahaja berbanding Pakatan Rakyat di DUN.

Jika BN kalah di Bagan Pinang, ia menjadi petanda kejatuhah BN N9 yang telah semakin goyang dengan kemelut percakaran pimpinannya.

Oleh itu, apa sahaja cara perlu dilakukan untuk mempertahankan kerusi Bagan Pinang. Kelebihan Undi Pos yang menjadi pertikaian kerana prosedur perlaksanaannya yang meragukan tetap akan menjadi talian hayat BN.

Ziarah Saudara mangsa Tsunami

Pada Hari raya ke-4, saya menyertai saudara-mara dari Kedah, Selangor dan Perak berkonvoi ke Kota Kuala Muda untuk menziarahi sepupu saya yang tinggal di Taman Penempatan mangsa Tsunami. Saya hampir berpatah balik apabila memasuki kawasan taman perumahan yang cantik itu kerana tidak menyangka ia adalah kawasan penempatan mereka.

Taman Perumahan itu dilengkapi dengan surau yang besar dan kawasan padang permainan. Kebanyakkan rumah telah diubahsuai dengan penambahan di bahagian hadapan yang luas boleh memuatkan 3 buah kereta. Kemudahan jalan bertar yang luas dan sistem perparitan yang tersusun membayangkan keselesaan penduduk.

Sepupu saya yang fobia dengan laut telah berhenti kerja sebagai nelayan, kini bekerja sebagai jaga di sebuah syarikat pembinaan. Hanya anak keduanya yang turun ke laut menyambung tugas ayahnya.

24 September 2009

Salam Aidil Fitri

Saya mengucapkan Selamat Hari raya, maaf zahir batin kepada semua pengunjung setia blog ini. Kesibukan menyambut hari lebaran ini membuatkan saya tidak dapat update blog kerana di kg saya tiada line streamyx kerana wayar telefon hilang di curi orang.

Jumpa lagi,

09 September 2009

Ramadhan bulan kebajikan

Seorang penduduk menerima sumbangan dari Ust firdaus

Sempena bulan Ramadhan yang mulia, Ahli Parlimen Yan, Ust Firdaus Jaafar begitu sibuk dengan berbagai agenda ziarah dan menyampaikan sumbangan. Baru-baru ini, sempena lawatan DPP Pusat, satu program ziarah dan kebajikan telah diaturkan di Pondok Hj Majid, Titi Bom, Guar Chempedak.

Program yang mendapat sambutan penduduk pondok itu di akhiri dengan tazkirah oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ust Azman Shafawi.

08 September 2009

Rehat di Titi Hayun, Yan





Sesekali bawa anak-anak mandi di peranginan Titi Hayun, Yan boleh menghilangkan stress dan mengakrabkan hubungan keluarga.

Seronok tengok mereka mandi. Saudara mereka yang besar udah hilang di atas... yang kecik-kecik main air di sekitar ibu mereka.

Sahabat seperjuangan




Sepanjang kembara dalam perjuangan , ramai sahabat yang bersamaku. Mereka membimbing dan memberiku semangat untuk sentiasa bergerak
Terima kasih sahabat!

04 September 2009

Sindrom Adun BN: Ponteng atau Bisu.

Sejak akhir-akhir ini rakyat didedahkan dengan kelakuan buruk Adun BN yang suka ponteng sidang DUN dan jika hadir, mereka diserang sindrom bisu seperti yang berlaku di Dun Terengganu.
Ketika sidang Dun baru-baru ini mereka tidak bertanya soalan atau menyertai perbahasan. Sidang menjadi lembab dan membosankan.

MB Terengganu pun tidak boleh buat apa. " Saya tak ada remote controll!" katanya.

Perbuatan membisu itu adalah protes senyap yang di lakukan oleh Kem Idris Jusuh yang semakin marah dengan gaya kepimpinan Ahmad Said yang di dakwa memandang rendah Adun dari Kem Idris Jusuh.

Isyarat kemarahan mereka semakin jelas apabila 15 orang Adun tidak hadir semasa perjumpaan Adun, exco kerajaan negeri bersama TPM.

Oleh kerana mereka bergaduh, kepentingan rakyat dikesampingkan. Ruang untuk membawa masalah rakyat tidak digunakan sebaiknya, sebaliknya mereka memperjuangkan nasib kumpulan mereka menggunakan masa dan elaun wakil rakyat.

Perbuatan ponteng di kalangan Adun BN pula tidak menjadi masalah kepada mereka kerana mereka akan dipertahankan jika ada tindakan dikenakan. Peristiwa Adun Kota Siputeh di Kedah yang secara jelas melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah terselamat dari tindakan Speaker akan menjadi pengukur kepada rakyat.

Apabila Adun BN yang mempunyai banyak komitmen dengan projek dan saham, mereka tidak segan ponteng sidang. Malah terdapat Adun yang bersikap seperti biskut..kejap ada, kejap tak ada!

Pilihanraya kecil ke 9 yang bakal di adakan di NS memberi peluang rakyat memilih wakil mereka yang benar-benar ingin memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.

02 September 2009

Kerajaan BN Terenganu di ambang kejatuhan

Tatkala DS Najib Tun Razak bertekad untuk merampas semula Selangor yang disifatkan negeri yang menjadi nadi ekonomi negara, Negeri Terengganu yang diserahkan kepada Hisyamudin Tun Hussien untuk menjaganya kini berada di ambang kejatuhan. Beberapa isyarat awal yang dihantar gagal difahami oleh Hisyamuddin.

Sembang-sembang yang terdengar di merata tempat ialah terdapat ADUN UMNO yang tidak berpuashati telah menghantar wakil untuk 'berbincang' dengan DS Anwar tentang kemungkinan mereka menyeberang ke blok Pakatan Rakyat.

Terkini, sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu.

Sidang DUN Perak gagal di adakan Di Dewan SUK

Speaker DUN yang masih sah.

Sidang DUN di Hotel. Kerusi untuk ADUN BN di barisan kiri Speaker kosong.

FRU menunggu di hadapan dewan SUK. ADUN Pakatan bergerak ke Hotel.


BN telah berjaya menggunakan rakan komponen mereka, pihak polis untuk menghalang Speaker yang sah dan ADUN Pakatan Rakyat bersidang di Bangunan SUK.

Halangan mereka gagal menghalang sidang DUN tetap diadakan.

Pihak Polis yang telah mendapat perintah mahkamah Majistret Ipoh yang membenarkan pihak polis menghalang sebarang perhimpunan dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah membuat sekatan dan hadangan seawal pukul 7.00 pagi.

Sebuah kereta water canon diletakkan dihadapan pintu masuk ke Bangunan SUK.

Adun Pakatan yang berkumpul di Wisma DAP mulai pukul 9 pagi mula berarak ke bangunan SUK tetapi dihalang oleh beberapa lapisan Polis FRU yang membuat halangan.

Walaupun pemimpin Pakatan, DS Nizar dan Dato Ngeh Koo Ham meminta polis membenarkan Adun Pakatan memasuki Bangunan SUK kerana arahan mahkamah hanyalah untuk para penyokong sahaja. Beliau memberitahu, Seksyen 24, Kanun Keseksaan menyatakan tidak ada wakil rakyat yang boleh dihalang daripada memasuki dewan persidangan. Ngeh juga berkata, arahan yang diterima di bawah Seksyen 98, Kanun Acara Jenayah perlu diwartakan terlebih dahulu di bawah Seksyen 90. Polis mengakui arahan itu tidak diwartakan namun terus menolak mereka supaya berundur.

Oleh kerana Dato Ngeh masih membantah, beliau telah ditangkap, diikuti oleh tangkapan terhadap Kashvinder Adun Malim Nawar. Perbalahan terus memuncak apabila berlaku tolak menolak dan beberapa orang lagi telah ditahan termasuk Adun Aulong dan Adun Simpang Pulai.

Pihak polis masih mengawal walaupun pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat telah beredar ke Wisma DAP.


Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh. Tiada siapa menduga sidang DUN kedua di adakan di luar bangunan SUK itu berjalan lancar dan telah meluluskan 3 usul.

01 September 2009

Hadiah Hari Merdeka

Rakyat yang memilih BN menerajui negara pada PRU 12 yang lalu masih dihargai hingga hari ini. Terbaharu, mereka mendapat hadiah sempena hari merdeka dengan kenaikan harga minyak. Harga baru bagi minyak petrol RON97 akan dinaikan menjadi RM2.05/liter manakala petrol RON95 pula akan dinaikan sebanyak 5 sen menjadi RM1.80/liter.

Rakyat diminta tidak terlalu berseronok dengan hadiah itu kerana dijangka selepas ini, peniaga-peniaga akan berlumba-lumba mengadakan pesta menaikkan harga barang.

Pihak polis diminta berjaga-jaga kerana protes sampai turun akan kembali kegelanggang. Pegawai Polis Junior dan Senior diminta bergerak lebih aktif.

Walaupun BN telah dibelasah 7-1 dalam Liga PRK, BN tidak peduli kerana rakyat didahului, pencapaian diutamakan. Perlawanan paling hampir di Kota Siputeh akan memberi peluang rakyat membalas dengan hadiah yang lebih lumayan...

30 August 2009

BN Jepun tewas tertiarap!

The opposition Democratic Party of Japan (DPJ) is set for a massive election victory, exit polls suggest.

The DPJ has won 300 seats in the 480-seat lower house, ending 50 years of almost unbroken rule by the Liberal Democratic Party (LDP), NHK TV says.

The DPJ says it will shift the focus of government from supporting corporations to helping consumers and workers.

Japan is suffering record unemployment and its economy is struggling to emerge from a bruising recession.

Analysts say voters blame the LDP for the current economic malaise - and are angry enough to opt for change.

The conservative LDP, led by Prime Minister Taro Aso, has governed Japan for all but 11 months since 1955.

source - BBC News

Majlis Berbuka Puasa di Yan




Majlis program berbuka puasa YB Ahli Parlimen Jerai bersama penduduk Kg. Jawa, Yan telah berlangsung meriah. Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah Ramadhan oleh YB dan diikuti dengan bacaan tahlil arwah sebelum masuknya waktu berbuka.

Dalam program itu juga, YB berkesempatan untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga-keluarga miskin di kawasan sekitar. Ramai penduduk melahirkan rasa gembira mereka dengan program tersebut.

Penentuan Pilihanraya Kecil Kota Siputeh

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

-Mstar Online.

DILEMA UMNO

Isu Sebat Kartika telah meletakkan Umno di dalam dilema. Jika betullah Malaysia ini negara Islam seperti yang dicanangkan mantan PM, Dr M sejak bertahun yang lalu, kenapa menjadi riuh ketika hukuman oleh Mahkamah Syariah itu hendak dilaksanakan? Berbagai alasan diberikan. Antara alasannya, Menghormati Bulan Ramadhan, Tiada tukang sebat yang pakar mengikut syariah , Menjaga Imej negara dan sebagainya.

Mengapakah Perdana menteri dan menteri-menteri UMNO cuba untuk campurtangan dalam perlaksanaan Mahkamah Syariah. Tidakkah itu melanggar prinsip pemisahan kuasa ?

"Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum Beer", kata Dr Mahathir dalam nada sinis dalam blognya.

Walaupun Dr Mahathir dalam pengumuman "Malaysia adalah negara Islam" pada tahun 2001 semasa Mesyuarat Agung Gerakan, sebenarnya cuba membentuk sendiri dan merampas definisi negara Islam, kemudiannya ia telah ditafsir banyak pihak sebagai langkah ke arah pelaksanaan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara.

Penggantinya pula Tun Abdullah Ahmad Badawi menyambung tradisi itu dengan memperkenalkan Islam Hadhari yang kini tinggal slogan sahaja.

Slogan demi slogan diwar-warkan untuk menyaingi kejayaan PAS yang semakin mendapat tempat selepas pilihanraya 1999. Selepas itu, UMNO cuba menonjolkan dirinya sebagai Parti yang menegakkan Islam, lebih Islamik daripada PAS.

Apabila Tok Guru menyatakan Islam yang dibawa UMNO adalah Islam plastik atau Islam palsu, mereka melenting marah. Jika betul mereka mahukan Islam, mahu menjalankan hukum Islam, Kes sebat kartika itu sangat mudah untuk ditangani. Langkah awal ialah mengaktakan undang-undang syariah . Sistem perundangan di Malaysia perlu memberi ruang yang secukupnya untuk undang-undang syariah dilaksanakan dengan berkesan dan berwibawa . Biarlah syariah diberi ruang lebih luas untuk menampakkan keadilan dan keistimewaannya. Buat pindaan enakmen hukuman minum arak dan lain-lain kesalahan syariah sama seperti yang dianjurkan Al Quran.

Jangan pula beri alasan tiada pakar untuk menggubal undang-undang Syariah!!

Jika anda ingin menghormati Bulan Ramadhan, laksanakan Islam. Menolak Islam bermakna anda tidak menghormati Ramadhan, bulan yang penuh berkah, bulan diturunkan Al Quran!

28 August 2009

Ustaz Ismail Kamus sihat waalafiat



FUHH! Cepat betul SMS tersebar mengatakan bahawa Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia. Ternyata SMS itu cuma khabar angin dan tak betul sama sekali. Berdasarkan satu sumber, menurut adiknya Mohamad Kamus, Ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat waalafiat dan sedang mengerjakan umrah di Mekah....

Apa yang betul ialah Prof Dr. Ismail Salleh,62 yang meninggal dunia dalam penerbangan dari China-Kuala Lumpur dalam pesawat Tigers Airways kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan kerana serangan jantung.

Allahyarham berasal dari Salor , Kelantan dianggap sebagai seorang insan yang gigih tanpa mempedulikan keadaan fizikalnya. Beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU)(buta) yang pertama di negara ini dilantik menjadi anggota Dewan Negara.

Selain itu Allahyarham juga merupakan orang buta pertama mendapat anugerah Doktor Falsafah. Pernah menjadi pensyarah. Beliau juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Pada masa ini beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech sebuah institusi pengajian tinggi swasta miliknya.

Allahyarham meninggalkan enam orang anak.

27 August 2009

BN terus kecundang

Retorik BN dipandang sepi

Kekalahan BN di Permatang Pasir semakin menambah kelukaan BN yang semakin parah. Rakan komponen BN menyalahkan UMNO yang silap memilih calon dan merangka strategi kempen yang silap dan lapok. Ketika parti komponen BN seperti MCA dan PPP sedang perang besar, parti komponen lain di Sabah dan Sarawak juga sedang bertingkah dan memandang UMNO sebagai punca kemelut dalam BN.

Walaupun Chua Soi Lek berikrar tidak akan menyertai pembangkang setelah dipecat dari MCA, namun penyokong kuat beliau tentu tidak berpuashati dan akan menyokong tindakan pemimpin kesayangan mereka itu. Apakah Chua akan menubuhkan parti baru ?

Kekalahan BN yang ke 7 dalam siri PRK pasca PRU12 amat memeningkan kepala BN. PM sendiri tidak dapat memberi jawapan kenapa BN Kalah.

Pakatan rakyat semakin akrab dan bersemangat. Setiap kali pilihanraya, pimpinan dan ahli PR turun berkempen berganding bahu bekerja tanpa penat. Mereka tidak sabar pula menanti tarikh di DUN Kota Seputih, Kedah pula.

Kekalahan teruk BN di Permatang Pasir boleh diperbaiki jika Najib tidak memperlekeh Tok Guru dengan memutarbelitkan fakta. Juga komen Najib terhadap kes Kartika yang dihukum sebat kerana minum arak.

Calon BN yang kononnya terbaik, turun sebagai calon underdog, sibuk menepis serangan lawan. Isu Rohaizat dibatalkan lesen guaman kerana tidak amanah membuatkan jentera pilihanraya BN sibuk mengalih tumpuan kepada isu syurga dan neraka yang juga memakan diri.

Selepas itu, Rohaizat terpaku pula dengan isu mengabaikan isteri kedua.

Rohaizat boleh membaiki imej dirinya yang terpalit dengan berbagai tuduhan dan contengan yang hodoh. Beliau perlu berkata benar, memohon maaf kepada keluarga isteri keduanya dan buatlah penjelasan yang munasabah. Menafikan telah ada isteri kedua membuatkan pengundi hilang rasa hormat. Berpoligami tidak salah, malah ramai tok guru pondok berpoligami. Kenapa harus berbohong?

Rohaizat patutnya mengambil iktibar atas apa yang berlaku kepada Hero Hollywood, Arnold Schwarzenegger semasa bertanding untuk menjadi Gabenor Florida.

Bila dibangkitkan isu salahlaku seks beliau terhadap seorang wanita, dia tidak berdolak-dalik sebaliknya meminta maaf atas apa yang terjadi. Di barat yang tempang akhlaknya juga menolak pemimpin yang tidak jujur, dan memaafkan mereka yang bercakap benar.

Dalam keadaan sekarang, rasanya BN tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil berikutnya yang dijangka di Kedah. Manakala di Perak, walaupun ura-ura pembubaran DUN akan berlaku pada November ini, saya yakin BN akan berhempas-pulas cuba mengelak.

26 August 2009

Keputusan Rasmi : PAS Menang Besar di Permatang Pasir




Keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR pada pukul 7.30 malam tadi memang sudah dijangka. Rakyat telah menolak BN walaupun diwar-warkan Permatang Pasir sebagai Anak Emas kerajaan BN. Kemenangan bergaya PAS kali ini sangat bermakna selepas menang tipis di Manek Urai dan kempen UMNO yang memperalatkan media, polis, askar dan kemudahan kerajaan seperti sekolah, hospital dan kenderaan kerajaan.

Serangan terhadap Tok Guru Nik Aziz dan strategi politik UMNO yang memainkan isu pengundi hantu memakan diri. Seorang pelajar kampung dengan mudah menjawab, mana ada hantu di bulan puasa ni!

Keputusan Rasmi Prk N11 Permatang Pasir

Mohd Salleh Man (PAS) : 9618
Rohaizat Othman (BN) : 5067
Majoriti : 4551
Undi Rosak : 83
Jumlah keluar Mengundi ; 14,832 (73.1 %)

25 August 2009

PRK N11 Permatang Pasir: TERKINI

Ramai penyokong Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk menyambut kemenangan.

Setakat pukul 6.55 petang, PAS dipercayai memperoleh 8,524 undi manakala calon BN pula 4,063.

Undi dari satu lagi daerah belum dikira.

Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus telah keluar mengundi.

wajah yang digeruni



Ramai petugas PAS yang memakai topeng berlambang PAS di arahkan menanggalkannya dengan alasan tidak boleh berkempen lagi. Arahan double standard itu membuatkan ramai petugas marah kerana Putri Umno yang mengibarkan bendera Dacing sebesar pintu tidak ditegur pula.

PRK N11. TERKINI : PAS 7217, BN 3204.



PAS dijangka mengekalkan kerusi DUN N11 Permatang Pasir dengan majoriti yang selesa. Setakat ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS menang dengan majoriti hampir 4,000 undi.

PAS dipercayai memperoleh 7,217 undi manakala calon BN pul 3,204. Peratus keluar mengundi dipercayai melebihi 73%

PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ust. Salleh Man manakala, Barisan Nasional (BN) diwakili Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Cuaca begitu baik hari ini walaupun sepanjang minggu hujan turun di waktu petang. Suasana di tempat pembuangan undi panas dengan aksi penyokong kedua-dua parti.

Risalah masih banyak.!!



Berkempen di hari terakhir. Saya menyertai Pemuda Dari Wilayah Persekutuan menyebarkan risalah di Jalan besar berhampiran Bilik Gerakan Tanah Liat. Ramai petugas yang bertungkus lumus bekerja walaupun hari hujan. Kesungguhan mereka amat menyentuh jiwa saya. Datang tidak dijemput, kerja tidak diupah. Hanya kerana Allah.

Saya sempat meninjau keadaan di markaz Tanah Liat. Mereka berusaha menyebarkan risalah. Seorang pemuda dari Penanti menjerit " Jom kita gerak. Risalah masih banyak!!."

21 August 2009

Surat Misteri Kes Teoh Beng Hock

Kemuculan surat misteri mula memberi panduan kepada siasatan siapa pembunuh TBH. Beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam surat itu boleh merungkai beberapa persoalan panel penyiasat kes.Timbalan Pengarah(TP) SPRM Selangor yang namanya disebut dalam surat itu mungkin boleh menjawab. Menariknya bila nama Khir Toyo juga disebut dalam surat itu. Apa pula peranan Bekas MB Selangor dalam kes ini?

Jika anda ingin membaca surat itu, sila ke klik sini

Taufan Morakot mengamuk




TAUFAN Morakot yang menyebabkan hujan lebat melanda Taiwan pada pertengahan minggu lalu telah mencetuskan fenomena banjir besar yang menenggelamkan sebahagian besar kepulauan itu.

Tragedi hitam itu menyebabkan air naik melimpah sehingga dua meter. Ia juga merupakan bencana banjir terburuk di negara itu dalam tempoh lima dekad.

Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou yang membuat pemeriksaan di kawasan operasi bantuan di daerah Tainan berkata, Amerika Syarikat (AS), Jepun, China dan Singapura masing-masing menawarkan bantuan kewangan.

"Kami mengalu-alukan semua bentuk bantuan dan kami juga sangat memerlukan peralatan terutama helikopter untuk membawa segala keperluan ke lokasi kejadian," kata Ma.

Patung Budha juga hanyut

Hujan lebat yang berhenti seketika membolehkan helikopter tentera berulang alik membawa keluar mangsa-mangsa yang terselamat dari kawasan perkampungan ke Cishan.

Sementara itu, pihak tentera melaporkan, terdapat kira-kira 1,000 perkampungan di Shiao Lin mengalami kemusnahan paling dahsyat sejak berlakunya ribut taufan tersebut.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 300 orang dari kawasan itu berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat tentera udara, kata jurucakap operasi bantuan, Kolonel Chang Kua-bin.

Pasukan penyelamat telah dikerah ke tempat kejadian dengan mengharung sungai bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap setelah jambatan di Kampung Hsinfa, Kaohsiung runtuh.

Taufan Morakot mula membadai Filipina sebelum menuju ke Taiwan dan kemudian bergerak ke timur laut China yang mula terbentuk sejak 2 Ogos lalu.

20 August 2009

Tunggu Kami kaji dulu!! - SPR

Kredibliti SPR teruji lagi. Kes kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah mendapat perhatian. Apabila Speaker DUN Negeri Kedah telah menghantar notis pengosongan, tugas SPR adalah menjalankan piliharaya kecil untuk memilih ADUN yang baru. Kesahihan kekosongan adalah di bawah peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

Namun kini SPR telah menjadi lebih berkuasa ekoran kes rampasan kuasa di Perak.

Mengambil kes di Perak pada Februari lalu, Mahkamah memberi kuasa kepada SPR untuk memutuskan samada kerusi DUN itu kosong atau tidak. Namun begitu, kali ini SPR lebih berhati-hati.

"Oleh kerana kes itu, yang pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini, melibatkan aspek perundangan negeri dan persekutuan, SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam," kata Timbalan Pengerusi suruhanjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Persoalan ini sedang menunggu jawapan berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut.

Abu Hasan tidak hadir sidang Dun dua kali, masing-masing pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail ( gambar).

Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana Adun dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker.

Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker.

"Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya saya beri kebenaran atau tidak? Dia tidak berhubung dengan saya. Kalau dia hantar surat seminggu selepas itu pun tidak ada makna!.Kata Speaker itu lagi.

Walaupun TPM memohon SPR mempertimbangkan faktor kesihatan Datuk Abu Hassan, kerusi itu telah dikira kosong. Alasan Datuk Abu Hassan yang menyatakan tidak tahu undang-undang Dun melucukan kerana beliau telah menjadi ADUN selama 4 penggal.

Apakah SPR berani membuat keputusan dengan membelakangi permintaan TPM?

Apakah jika ADUN Pakatan Rakyat yang terlibat, SPR juga akan mengkaji dahulu sebelum mengisytiharkan pilihanraya kecil?

Apakah ADUN BN selama ini memang buta undang-undang dan membuat tindakan mengikut arahan orang atasan sahaja?

"Saya MC la! " - Abu Hassan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif menjelaskan, beliau bukan sengaja tidak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak dua kali berturut-turut sehingga berdepan kemungkinan digugurkan daripada jawatan itu.

Menurutnya, beliau mengalami masalah kesihatan menyebabkannya gagal hadir persidangan DUN masing-masing pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

"Sekiranya saya tahu bila akan jatuh sakit, sudah tentu saya serahkan surat penjelasan awal-awal lagi. Namun masalah kesihatan ini di luar kawalan, ia tidak boleh dielakkan.

"Lagi pun bukan saya tidak tahu peraturan DUN. Jadi kenapa sengaja hendak tidak hadir kalau tahu boleh digugurkan daripada jawatan jika tiada alasan yang munasabah," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma UMNO Jerlun di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Jerlun yang menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal itu berkemungkinan digugurkan daripada jawatan sebagai ADUN berikutan kegagalannya hadir pada persidangan DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail dilaporkan telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kegagalan Abu Hassan hadir persidangan pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang DUN dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Abu Hassan memberitahu, beliau telah menghantar surat penjelasan dan permohonan maaf bertarikh 10 Ogos kepada Abdul Isa berhubung perkara berkenaan.

Katanya, beliau juga mempunyai surat cuti sakit sebagai bukti mengalami masalah kesihatan pada 9 Ogos lalu.

"Sekarang saya serahkan kes ini kepada Badan Perhubungan UMNO negeri dan Pusat untuk sebarang tindakan lanjut," katanya.

Singapore brands made in Malaysia.

By Lin Ming Hua

SINGAPORE, Aug 20 — Every August, many Johoreans who follow politics and current affairs have this habit of turning on their television sets to watch the live telecast of Singapore Prime Minister's National Day Rally speech.

This year, Lee Hsien Loong's speech lasted for more than three hours. I was more interested in two segments of his speech that had a “little connection” with us. In one segment, he praised Singapore's furniture companies for transforming themselves from a sunset to a sunrise industry. In another, he also singled out Hyflux, which was established by a Malaysian-born woman, for praise.

Lee said that while Singapore's furniture companies had set up factories in neighbouring countries because of lower production costs there, the Singapore brand was used as the selling point. In international markets, Singapore is not only the name of a country but also a symbol of good quality, a “special weapon” used by Singapore's companies to build up their business.

The “neighbouring countries” mentioned by Lee are bound to include Malaysia. The truth is, stories of “Singapore brands that are made in Malaysia” are plentiful. Straightaway, flowers and plants, ornamental fish and fruits come to mind.

As for Hyflux, the miraculous story of its founder Olivia Lum, an abandoned child who became a tycoon, also provides food for thought.

This “water queen”, whom prestigious American financial magazine Forbes named as the “richest woman in Southeast Asia”, was originally a Malaysian. Abandoned by her parents after she was born in a small town in Perak in 1961, she was adopted by a 63-year-old woman. When she was young, the family of six (the old woman had also adopted four other children) lived in a tiny dilapidated hut and relied on stored rain water for their daily needs.

However, her difficult childhood did not dampen her desire to learn. At the age of 16, good results enabled her to study at a junior college in Singapore. After graduating from the National University of Singapore later, she worked for a Dutch company as a chemist.

Perhaps the shortage of water during her early years led her to realise the importance of water and motivated her to carry out research and development on water sources. In 1989, she quit her job, and sold her flat and car to raise S$20,000 (RM48,000) to start Hyflux, whose core business is providing water filtration systems.

Malaysia-Singapore relations were once mired in a crisis because of the water supply issue. Who would have thought that a water treatment company set up by a Malaysian-born woman is today Singapore's largest supplier of water supply systems that not only meets 35 per cent of Singapore's water needs but has also expanded its operations to all over the world, thereby spreading Singapore's reputation worldwide.

Olivia Lum is now a Singapore citizen. Hers is another story of a “Singapore brand that is made in Malaysia”. — Business Times Singapore

Calon BN di Permatang Pasir Kantoi!



Kontroversi Calon BN di Permatang Pasir, memasuki fasa baru bila rakan kongsi firma guaman yang disalahkan oleh pimpinan UMNO menyebabkan lesen guaman calon itu dibatalkan, muncul memberitahu fakta baru.

Rakan kongsi itu, Yusri Ishak menafikan tuduhan mereka dan mengaku kehilangan wang itu adalah kerana Rohaizad menggunakannya untuk membuka cawangan firma guaman mereka di Ipoh.

Calon BN berusia 38 tahun itu gagal dalam rayuannya di mahkamah pada 12 Ogos terhadap tindakan Majlis Peguam membatalkan lesen guamannya. Ketika itu beliau menyalahkan rakan kongsinya melibatkan wang pelanggannya berjumlah RM 161,000.

Kini rakyat melihat calon BN itu bukan sahaja tidak amanah ketika bekerja, malah juga seorang penipu.

19 August 2009

SPR Pening....

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini meneliti implikasi perundangan sama ada perlu mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah kosong, sekali gus memanggil pilihan raya kecil.

Oleh kerana kes itu, yang pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini, melibatkan aspek perundangan negeri dan persekutuan, SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam, kata Timbalan Pengerusi suruhanjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Kami sedang mengkaji perkara ini. Penasihat undang-undang SPR dan Jabatan Peguam Negara sedang meneliti dari aspek perundangan.

"Kita tunggu dulu maklum balas, tunggu dulu," kata beliau ketika dihubungi .

Kata beliau, SPR tidak menetapkan masa khusus bagi Jabatan Peguam Negara untuk memberikan maklum balas.

"Kita tidak mahu terburu-buru dalam soal ini. Kami mahu betul-betul berpuas hati kerana ini melibatkan aspek perundangan," katanya lagi.

Wan Omar memberitahu, SPR yang berhak untuk mengisytiharkan kekosongan sesuatu kerusi.

"Saya dimaklumkan surat Speaker sudah ada di pejabat (Putrajaya). SPR yang akan mengisytiharkan sama ada wujud kekosongan atau tidak.

"Kami akan mengadakan mesyuarat (khas) sebaik sahaja maklum balas diterima daripada penasihat undang-undang dan Peguam Negara," katanya lagi.

Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari jika wujud kekosongan.

Pilihanraya di Kedah Pulak?

ALOR SETAR - Kedah mungkin menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil selepas Bukit Selambau di sini April lalu.

Kemungkinan pilihan raya itu berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak dua kali berturut-turut.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail memberitahu, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, kerusi yang disandang Abu Hasan akan menjadi kosong apabila beliau tidak menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

"Kami telah memaklumkan hal itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara itu semalam (kelmarin). Terserah kepada SPR untuk membuat sebarang keputusan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.

Nik Aziz Nak Saman Akhbar UMNO

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata “ahli Umno tidak masuk syurga”.

Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya,” katanya sewaktu sidang media di pejabatnya .

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana menyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Ekoran berita itu, Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama diminta mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah wajar jika ulama meneliti apa yang telah diungkapkan oleh Nik Aziz dan memberikan pandangan sama ada kenyataan Mursyidul Am Pas itu benar daripada segi Islam, atau jika bercanggah, apakah pula hukumnya.

Tidak ketinggalan dan berebut-rebut memberi ulasan ialah Mufti Perak. Hanya berasaskan laporan akhbar menjelang PRK Permatang Pasir, Tan Sri Mufti juga ingin mencelah. Perbuatan itu mendapat teguran Nik Aziz’

“Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

“Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar,” ujarnya.

Tambah Datok Nik Aziz lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno,” tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

“Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan UMNO.”

UMNO tambah rakan komponen

Setelah Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat lagi berselindung isu hubungan langsung Kementerian Pertahanan yang diketuainya baru-baru ini dengan negara haram Israel, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang itu sekali lagi menggamit perhatian khalayak apabila Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan dalam 'bangsal' Umno di Masjid Permatang Pasir sejak petang semalam.

Jika dalam pilihan raya kecil Manik Urai dahulu, Dr Zahid boleh mengatakan usaha memperbaiki beberapa kediaman pengundi di sana adalah inisiatif ATM sendiri untuk mendekati rakyat, di Permatang Pasir alasan yang serupa tidak boleh lagi digunakannya untuk menjayakan kempen secara tidak langsung bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman.

Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Dr. Zahid sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan majoriti undi calon Pakatan Rakyat Mohd, Ustaz Salleh Man menguncup. "Ianya bukan hanya menggunakan khidmat ketenteraan untuk tugas-tugas perubatan percuma mewakili Umno-BN ke atas pengundi semata-mata; malah menggunakan kepakaran yang lebih strategik seperti membawa masuk 'pengundi hantu', penipuan kertas undi dan sebagainya tidak mustahil digunakan BN dalam pilihan raya kecil kali ini,"

Tindakan Dr. Zahid bertujuan mengekang pengundi setempat bersama mengekalkan kemenangan Pakatan di sini, saya ingin turut menjelaskan bahawa jentera sedang membuat beberapa konsultansi perundangan dan politik peringkat akhir sebelum memanjangkan hal ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta beberapa pihak berwajib hari ini. "Berdasarkan beberapa dokumen sulit kementerian terbabit yang mendedahkan konspirasi peringkat tertinggi antara ATM dan BN dalam memenangkan calon Umno di Manek Urai dalam perbahasan Sidang Parlimen lepas;

Meninjau di tempat kejadian lewat petang semalam, kelihatan hanya sebuah van kecemasan ATM (ambulans), sebuah trak tentera yang sarat dengan muatan ubat-ubatan dan perkakas klinikal, dan beberapa individu berseragam lengkap tentera yang dipercayai Doktor dan Pembantu Perubatan ATM.

-Hj Mahfuz Omar.

Sumbangan kepada yang memerlukan


Ahli Parlimen Jerai mengetuai delegasi ziarah ke kampung Sg Limau Dalam untuk menyampaikan bantuan kepada kumpulan sasaran.

Syabas!

Siapa Pengkhianat Melayu?

Bukanlah sukar untuk mengenal siapa pengkhianat Melayu.
• Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?
• Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
• Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?
• Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?
• Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik di Selangor satu ketika dahulu?
• Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?
• Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?
• Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?

Soalan-soalan ini jika dijawab hanya akan disimpulkan dengan satu jawapan, iaitu Umno.

UMNO terperangkap!

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menafikan tanggapan bahawa Kedah meniru model pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Kedah, katanya, ada caranya yang tersendiri dalam mentadbir kerajaan berdasarkan beberapa faktor seperti budaya, majoriti kaum, sosial ekonomi, geografi dan amalan rakyat.

"Kita tidak menjadikan Kelantan atau mana-mana negeri dalam Malaysia sebagai model pentadbiran kerana terdapat beberapa faktor penting yang tidak sama," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pedu, Dato' Seri Mahdzir Khalid pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-12.

Dalam pertanyaannya asal Mahdzir ingin tahu sama ada kerajaan pimpinan PAS menjadikan Kelantan sebagai model dalam mentadbir kerajaan negeri.

Dalam soalan tersebut juga ditanya bilakah konsep berkenaan akan dilaksanakan? Apakah kerajaan negeri telah membuat kajian terhadap impak kepada kepada 'keputusan' meniru model dari Kelantan itu? Apakah ciri-ciri yang diambilkira bagi melaksanakan konsep berkenaan?

Menteri Besar dengan tegas menjawab, "Tidak!" Tercengang sejurus Adun-Adun BN. "Oleh kerana jawapannya tidak, maka saya tidak perlu menjawab soalan berikutnya."

Apabila Mahdzir mengajukan soalan tambahan barulah Ustaz Azizan memberi penjelasan. Pentadbiran negeri Kedah berjalan dengan stailnya yang tersendiri dalam fokus yang terbaik untuk rakyat dengan meneruskan perancangan yang dibuat kerja dahulu, memperbaikinya dan menambah program baru.

Menteri Besar pun boleh menghidu pencak soalan yang berbaur tipu muslihat. Soalan diajukan sebenarnya lebih kepada usaha memerangkap PAS, berhubung isu bukan Melayu di negeri ini. Sudah tentu BN berharap jawapan yang diberikan ialah 'Ya' kerana ia boleh dimanipulasi habis-habisan dalam usaha terdesak mereka meraih kembali sokongan bukan Melayu. BN gagal lagi.

Di Kedah, kekuatan PAS dan Umno adalah seimbang. Kata Sanusi Junid '3P'. Di mana ada padi di situ ada pondok, di mana ada pondok di situ ada PAS. Cuma lebih Umno dapat memerintah Kedah selama 50 tahun kerana undi bukan Melayu memihak kepada mereka. Sekali undi bukan Melayu beralih pada PAS, tumbanglah BN. Umno sedar, macam mana kuat sekalipun mereka bekerja memperkasa parti, tapi kalau bukan Melayu tak sokong dalam pilihan raya, harapan tawan Kedah jadi mimpi di tengahari.

BN juga ada mencuba membangkitkan kebencian bukan Melayu terhadap kerajaan melalui kaedah 'Trojan Horse'. Iaitu menggunakan juhalak tunggangan mereka dalam pentadbiran kerajaan tempatan bagi melaksanakan agenda-agenda politik BN, untuk membangkitkan kemarahan bukan Melayu.

Isu perobohan pusat babi dan cubaan bertindak terhadap kuil di Jalan Pegawai adalah antara agendanya. Pusat babi musnah, tapi kemarahan bukan Melayu dapat dibendung dengan alternatif lebih baik, sedangkan imej kerajaan di kalangan orang Melayu naik menjulang. Maknanya mereka gagal juga. Isu cubaan bertindak terhadap kuil dapat dihidu dari awal. Konspirasi mereka melalui 'Trojan Horse' gagal.

Walaupun setakat ini BN Kedah masih gagal memanipulasi situasi dan isu untuk menarik sokongan bukan Melayu tapi usaha mereka berpijak kepada realiti, kerana sedar pentingnya undi bukan Melayu.

-Kedahlanie

KEDAH SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Dari Yan....Daerah yang melahirkan ramai tokoh terkenal di Negeri Kedah. MB Kedah, Datok Seri Ust Azizan Razak dari Yan. Bekas MB DS Sanusi Junid juga dari Yan...
Saya pun dari Yan!!