02 September 2009

Sidang DUN Perak gagal di adakan Di Dewan SUK

Speaker DUN yang masih sah.

Sidang DUN di Hotel. Kerusi untuk ADUN BN di barisan kiri Speaker kosong.

FRU menunggu di hadapan dewan SUK. ADUN Pakatan bergerak ke Hotel.


BN telah berjaya menggunakan rakan komponen mereka, pihak polis untuk menghalang Speaker yang sah dan ADUN Pakatan Rakyat bersidang di Bangunan SUK.

Halangan mereka gagal menghalang sidang DUN tetap diadakan.

Pihak Polis yang telah mendapat perintah mahkamah Majistret Ipoh yang membenarkan pihak polis menghalang sebarang perhimpunan dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah membuat sekatan dan hadangan seawal pukul 7.00 pagi.

Sebuah kereta water canon diletakkan dihadapan pintu masuk ke Bangunan SUK.

Adun Pakatan yang berkumpul di Wisma DAP mulai pukul 9 pagi mula berarak ke bangunan SUK tetapi dihalang oleh beberapa lapisan Polis FRU yang membuat halangan.

Walaupun pemimpin Pakatan, DS Nizar dan Dato Ngeh Koo Ham meminta polis membenarkan Adun Pakatan memasuki Bangunan SUK kerana arahan mahkamah hanyalah untuk para penyokong sahaja. Beliau memberitahu, Seksyen 24, Kanun Keseksaan menyatakan tidak ada wakil rakyat yang boleh dihalang daripada memasuki dewan persidangan. Ngeh juga berkata, arahan yang diterima di bawah Seksyen 98, Kanun Acara Jenayah perlu diwartakan terlebih dahulu di bawah Seksyen 90. Polis mengakui arahan itu tidak diwartakan namun terus menolak mereka supaya berundur.

Oleh kerana Dato Ngeh masih membantah, beliau telah ditangkap, diikuti oleh tangkapan terhadap Kashvinder Adun Malim Nawar. Perbalahan terus memuncak apabila berlaku tolak menolak dan beberapa orang lagi telah ditahan termasuk Adun Aulong dan Adun Simpang Pulai.

Pihak polis masih mengawal walaupun pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat telah beredar ke Wisma DAP.


Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh. Tiada siapa menduga sidang DUN kedua di adakan di luar bangunan SUK itu berjalan lancar dan telah meluluskan 3 usul.

No comments:

Post a Comment