04 September 2009

Sindrom Adun BN: Ponteng atau Bisu.

Sejak akhir-akhir ini rakyat didedahkan dengan kelakuan buruk Adun BN yang suka ponteng sidang DUN dan jika hadir, mereka diserang sindrom bisu seperti yang berlaku di Dun Terengganu.
Ketika sidang Dun baru-baru ini mereka tidak bertanya soalan atau menyertai perbahasan. Sidang menjadi lembab dan membosankan.

MB Terengganu pun tidak boleh buat apa. " Saya tak ada remote controll!" katanya.

Perbuatan membisu itu adalah protes senyap yang di lakukan oleh Kem Idris Jusuh yang semakin marah dengan gaya kepimpinan Ahmad Said yang di dakwa memandang rendah Adun dari Kem Idris Jusuh.

Isyarat kemarahan mereka semakin jelas apabila 15 orang Adun tidak hadir semasa perjumpaan Adun, exco kerajaan negeri bersama TPM.

Oleh kerana mereka bergaduh, kepentingan rakyat dikesampingkan. Ruang untuk membawa masalah rakyat tidak digunakan sebaiknya, sebaliknya mereka memperjuangkan nasib kumpulan mereka menggunakan masa dan elaun wakil rakyat.

Perbuatan ponteng di kalangan Adun BN pula tidak menjadi masalah kepada mereka kerana mereka akan dipertahankan jika ada tindakan dikenakan. Peristiwa Adun Kota Siputeh di Kedah yang secara jelas melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah terselamat dari tindakan Speaker akan menjadi pengukur kepada rakyat.

Apabila Adun BN yang mempunyai banyak komitmen dengan projek dan saham, mereka tidak segan ponteng sidang. Malah terdapat Adun yang bersikap seperti biskut..kejap ada, kejap tak ada!

Pilihanraya kecil ke 9 yang bakal di adakan di NS memberi peluang rakyat memilih wakil mereka yang benar-benar ingin memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.

No comments:

Post a Comment