27 September 2009

BN N9 Dalam bahaya

Menjelang PRK Bagan Pinang, PAS menerima hadiah kemenangan awal apabila pimpinan BN saling bercakaran dan sindir-menyindir. Tun Mahathir tolak Isa Samad sambil cakar Samy Vellu. Isa Samad yang terasa meminta jangan ada orang yang nak ambil tugas Presiden UMNO dalam menentukan calon di Bagan Pinang.

Tun Mahathir menyatakan, jika Isa terpilih, ia menandakan UMNO tidak kisah dengan politik wang dan Rasuah. "Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini." Kata Tun kepada Bernama.

Kritikan Tun itu turut menyinggung Pimpinan UMNO yang lain yang telah disabitkan bersalah oleh Badan Disiplin UMNO seperti Khairy dan Ali Rustam.

Barisan Nasional Negeri Sembilan yang kini bergelut mengelak Pilihanraya kecil berikutnya selepas Bagan Pinang. Terdapat laporan menyatakan
dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN. Sementara ADUN Johol telah menghantar Surat Perletakan Jawatan kerana sedang bergelut dengan kanser tulang.

Tentunya BN akan menolak surat perletakkan jawatan itu. Sindrom takut kalah seperti yang terjadi di Dun Kota Siputeh dan di Perak semakin menular.

Kebimbangan BN ada asasnya kerana kelebihan BN hanya 4 kerusi sahaja berbanding Pakatan Rakyat di DUN.

Jika BN kalah di Bagan Pinang, ia menjadi petanda kejatuhah BN N9 yang telah semakin goyang dengan kemelut percakaran pimpinannya.

Oleh itu, apa sahaja cara perlu dilakukan untuk mempertahankan kerusi Bagan Pinang. Kelebihan Undi Pos yang menjadi pertikaian kerana prosedur perlaksanaannya yang meragukan tetap akan menjadi talian hayat BN.

No comments:

Post a Comment