02 September 2009

Kerajaan BN Terenganu di ambang kejatuhan

Tatkala DS Najib Tun Razak bertekad untuk merampas semula Selangor yang disifatkan negeri yang menjadi nadi ekonomi negara, Negeri Terengganu yang diserahkan kepada Hisyamudin Tun Hussien untuk menjaganya kini berada di ambang kejatuhan. Beberapa isyarat awal yang dihantar gagal difahami oleh Hisyamuddin.

Sembang-sembang yang terdengar di merata tempat ialah terdapat ADUN UMNO yang tidak berpuashati telah menghantar wakil untuk 'berbincang' dengan DS Anwar tentang kemungkinan mereka menyeberang ke blok Pakatan Rakyat.

Terkini, sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu.

No comments:

Post a Comment