03 October 2009

PRK Bagan Pinang: PAS lawan UMNO

Gendang pilihanraya telah dipalu apabila Pegawai Pengurus SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di antara Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar melawan Tan Sri Md Isa Samad mewakili Barisan Nasional.

Walaupun UMNO menghadapi dilema dalam meletakkan calon, akhirnya akibat desakan penyokong kuat Isa Samad, calon itu dimuktamadkan walaupun Tun Mahathir menentang keras pada awalnya. Kes rasuah yang terpalit sukar dicuci walaupun Isa digantung selama 3 tahun dari UMNO. Jika Isa menang pilihanraya kali ini, imej UMNO akan tercalar teruk kerana meletakkan calon yang korup.

BN cuba mengalih pandangan rakyat tentang rasuah dan penyelewengan BN dengan menembak DS Anwar dengan isu Komunis . Lain yang bertanding, lain pula yang ditembak!

BN mendapat rakan kongsi baru bila Makkal Sakhti turut menyatakan hasrat untuk turun berkempen. Tentunya MIC pening kepala dan cemburu kerana diketepikan pada PRK kali ini.

27 September 2009

BN N9 Dalam bahaya

Menjelang PRK Bagan Pinang, PAS menerima hadiah kemenangan awal apabila pimpinan BN saling bercakaran dan sindir-menyindir. Tun Mahathir tolak Isa Samad sambil cakar Samy Vellu. Isa Samad yang terasa meminta jangan ada orang yang nak ambil tugas Presiden UMNO dalam menentukan calon di Bagan Pinang.

Tun Mahathir menyatakan, jika Isa terpilih, ia menandakan UMNO tidak kisah dengan politik wang dan Rasuah. "Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini." Kata Tun kepada Bernama.

Kritikan Tun itu turut menyinggung Pimpinan UMNO yang lain yang telah disabitkan bersalah oleh Badan Disiplin UMNO seperti Khairy dan Ali Rustam.

Barisan Nasional Negeri Sembilan yang kini bergelut mengelak Pilihanraya kecil berikutnya selepas Bagan Pinang. Terdapat laporan menyatakan
dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN. Sementara ADUN Johol telah menghantar Surat Perletakan Jawatan kerana sedang bergelut dengan kanser tulang.

Tentunya BN akan menolak surat perletakkan jawatan itu. Sindrom takut kalah seperti yang terjadi di Dun Kota Siputeh dan di Perak semakin menular.

Kebimbangan BN ada asasnya kerana kelebihan BN hanya 4 kerusi sahaja berbanding Pakatan Rakyat di DUN.

Jika BN kalah di Bagan Pinang, ia menjadi petanda kejatuhah BN N9 yang telah semakin goyang dengan kemelut percakaran pimpinannya.

Oleh itu, apa sahaja cara perlu dilakukan untuk mempertahankan kerusi Bagan Pinang. Kelebihan Undi Pos yang menjadi pertikaian kerana prosedur perlaksanaannya yang meragukan tetap akan menjadi talian hayat BN.

Ziarah Saudara mangsa Tsunami

Pada Hari raya ke-4, saya menyertai saudara-mara dari Kedah, Selangor dan Perak berkonvoi ke Kota Kuala Muda untuk menziarahi sepupu saya yang tinggal di Taman Penempatan mangsa Tsunami. Saya hampir berpatah balik apabila memasuki kawasan taman perumahan yang cantik itu kerana tidak menyangka ia adalah kawasan penempatan mereka.

Taman Perumahan itu dilengkapi dengan surau yang besar dan kawasan padang permainan. Kebanyakkan rumah telah diubahsuai dengan penambahan di bahagian hadapan yang luas boleh memuatkan 3 buah kereta. Kemudahan jalan bertar yang luas dan sistem perparitan yang tersusun membayangkan keselesaan penduduk.

Sepupu saya yang fobia dengan laut telah berhenti kerja sebagai nelayan, kini bekerja sebagai jaga di sebuah syarikat pembinaan. Hanya anak keduanya yang turun ke laut menyambung tugas ayahnya.

24 September 2009

Salam Aidil Fitri

Saya mengucapkan Selamat Hari raya, maaf zahir batin kepada semua pengunjung setia blog ini. Kesibukan menyambut hari lebaran ini membuatkan saya tidak dapat update blog kerana di kg saya tiada line streamyx kerana wayar telefon hilang di curi orang.

Jumpa lagi,

09 September 2009

Ramadhan bulan kebajikan

Seorang penduduk menerima sumbangan dari Ust firdaus

Sempena bulan Ramadhan yang mulia, Ahli Parlimen Yan, Ust Firdaus Jaafar begitu sibuk dengan berbagai agenda ziarah dan menyampaikan sumbangan. Baru-baru ini, sempena lawatan DPP Pusat, satu program ziarah dan kebajikan telah diaturkan di Pondok Hj Majid, Titi Bom, Guar Chempedak.

Program yang mendapat sambutan penduduk pondok itu di akhiri dengan tazkirah oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ust Azman Shafawi.

08 September 2009

Rehat di Titi Hayun, Yan





Sesekali bawa anak-anak mandi di peranginan Titi Hayun, Yan boleh menghilangkan stress dan mengakrabkan hubungan keluarga.

Seronok tengok mereka mandi. Saudara mereka yang besar udah hilang di atas... yang kecik-kecik main air di sekitar ibu mereka.

Sahabat seperjuangan




Sepanjang kembara dalam perjuangan , ramai sahabat yang bersamaku. Mereka membimbing dan memberiku semangat untuk sentiasa bergerak
Terima kasih sahabat!

04 September 2009

Sindrom Adun BN: Ponteng atau Bisu.

Sejak akhir-akhir ini rakyat didedahkan dengan kelakuan buruk Adun BN yang suka ponteng sidang DUN dan jika hadir, mereka diserang sindrom bisu seperti yang berlaku di Dun Terengganu.
Ketika sidang Dun baru-baru ini mereka tidak bertanya soalan atau menyertai perbahasan. Sidang menjadi lembab dan membosankan.

MB Terengganu pun tidak boleh buat apa. " Saya tak ada remote controll!" katanya.

Perbuatan membisu itu adalah protes senyap yang di lakukan oleh Kem Idris Jusuh yang semakin marah dengan gaya kepimpinan Ahmad Said yang di dakwa memandang rendah Adun dari Kem Idris Jusuh.

Isyarat kemarahan mereka semakin jelas apabila 15 orang Adun tidak hadir semasa perjumpaan Adun, exco kerajaan negeri bersama TPM.

Oleh kerana mereka bergaduh, kepentingan rakyat dikesampingkan. Ruang untuk membawa masalah rakyat tidak digunakan sebaiknya, sebaliknya mereka memperjuangkan nasib kumpulan mereka menggunakan masa dan elaun wakil rakyat.

Perbuatan ponteng di kalangan Adun BN pula tidak menjadi masalah kepada mereka kerana mereka akan dipertahankan jika ada tindakan dikenakan. Peristiwa Adun Kota Siputeh di Kedah yang secara jelas melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah terselamat dari tindakan Speaker akan menjadi pengukur kepada rakyat.

Apabila Adun BN yang mempunyai banyak komitmen dengan projek dan saham, mereka tidak segan ponteng sidang. Malah terdapat Adun yang bersikap seperti biskut..kejap ada, kejap tak ada!

Pilihanraya kecil ke 9 yang bakal di adakan di NS memberi peluang rakyat memilih wakil mereka yang benar-benar ingin memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.

02 September 2009

Kerajaan BN Terenganu di ambang kejatuhan

Tatkala DS Najib Tun Razak bertekad untuk merampas semula Selangor yang disifatkan negeri yang menjadi nadi ekonomi negara, Negeri Terengganu yang diserahkan kepada Hisyamudin Tun Hussien untuk menjaganya kini berada di ambang kejatuhan. Beberapa isyarat awal yang dihantar gagal difahami oleh Hisyamuddin.

Sembang-sembang yang terdengar di merata tempat ialah terdapat ADUN UMNO yang tidak berpuashati telah menghantar wakil untuk 'berbincang' dengan DS Anwar tentang kemungkinan mereka menyeberang ke blok Pakatan Rakyat.

Terkini, sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu.

Sidang DUN Perak gagal di adakan Di Dewan SUK

Speaker DUN yang masih sah.

Sidang DUN di Hotel. Kerusi untuk ADUN BN di barisan kiri Speaker kosong.

FRU menunggu di hadapan dewan SUK. ADUN Pakatan bergerak ke Hotel.


BN telah berjaya menggunakan rakan komponen mereka, pihak polis untuk menghalang Speaker yang sah dan ADUN Pakatan Rakyat bersidang di Bangunan SUK.

Halangan mereka gagal menghalang sidang DUN tetap diadakan.

Pihak Polis yang telah mendapat perintah mahkamah Majistret Ipoh yang membenarkan pihak polis menghalang sebarang perhimpunan dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah membuat sekatan dan hadangan seawal pukul 7.00 pagi.

Sebuah kereta water canon diletakkan dihadapan pintu masuk ke Bangunan SUK.

Adun Pakatan yang berkumpul di Wisma DAP mulai pukul 9 pagi mula berarak ke bangunan SUK tetapi dihalang oleh beberapa lapisan Polis FRU yang membuat halangan.

Walaupun pemimpin Pakatan, DS Nizar dan Dato Ngeh Koo Ham meminta polis membenarkan Adun Pakatan memasuki Bangunan SUK kerana arahan mahkamah hanyalah untuk para penyokong sahaja. Beliau memberitahu, Seksyen 24, Kanun Keseksaan menyatakan tidak ada wakil rakyat yang boleh dihalang daripada memasuki dewan persidangan. Ngeh juga berkata, arahan yang diterima di bawah Seksyen 98, Kanun Acara Jenayah perlu diwartakan terlebih dahulu di bawah Seksyen 90. Polis mengakui arahan itu tidak diwartakan namun terus menolak mereka supaya berundur.

Oleh kerana Dato Ngeh masih membantah, beliau telah ditangkap, diikuti oleh tangkapan terhadap Kashvinder Adun Malim Nawar. Perbalahan terus memuncak apabila berlaku tolak menolak dan beberapa orang lagi telah ditahan termasuk Adun Aulong dan Adun Simpang Pulai.

Pihak polis masih mengawal walaupun pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat telah beredar ke Wisma DAP.


Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh. Tiada siapa menduga sidang DUN kedua di adakan di luar bangunan SUK itu berjalan lancar dan telah meluluskan 3 usul.