28 August 2009

Ustaz Ismail Kamus sihat waalafiat



FUHH! Cepat betul SMS tersebar mengatakan bahawa Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia. Ternyata SMS itu cuma khabar angin dan tak betul sama sekali. Berdasarkan satu sumber, menurut adiknya Mohamad Kamus, Ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat waalafiat dan sedang mengerjakan umrah di Mekah....

Apa yang betul ialah Prof Dr. Ismail Salleh,62 yang meninggal dunia dalam penerbangan dari China-Kuala Lumpur dalam pesawat Tigers Airways kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan kerana serangan jantung.

Allahyarham berasal dari Salor , Kelantan dianggap sebagai seorang insan yang gigih tanpa mempedulikan keadaan fizikalnya. Beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU)(buta) yang pertama di negara ini dilantik menjadi anggota Dewan Negara.

Selain itu Allahyarham juga merupakan orang buta pertama mendapat anugerah Doktor Falsafah. Pernah menjadi pensyarah. Beliau juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Pada masa ini beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech sebuah institusi pengajian tinggi swasta miliknya.

Allahyarham meninggalkan enam orang anak.

No comments:

Post a Comment