30 August 2009

DILEMA UMNO

Isu Sebat Kartika telah meletakkan Umno di dalam dilema. Jika betullah Malaysia ini negara Islam seperti yang dicanangkan mantan PM, Dr M sejak bertahun yang lalu, kenapa menjadi riuh ketika hukuman oleh Mahkamah Syariah itu hendak dilaksanakan? Berbagai alasan diberikan. Antara alasannya, Menghormati Bulan Ramadhan, Tiada tukang sebat yang pakar mengikut syariah , Menjaga Imej negara dan sebagainya.

Mengapakah Perdana menteri dan menteri-menteri UMNO cuba untuk campurtangan dalam perlaksanaan Mahkamah Syariah. Tidakkah itu melanggar prinsip pemisahan kuasa ?

"Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum Beer", kata Dr Mahathir dalam nada sinis dalam blognya.

Walaupun Dr Mahathir dalam pengumuman "Malaysia adalah negara Islam" pada tahun 2001 semasa Mesyuarat Agung Gerakan, sebenarnya cuba membentuk sendiri dan merampas definisi negara Islam, kemudiannya ia telah ditafsir banyak pihak sebagai langkah ke arah pelaksanaan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara.

Penggantinya pula Tun Abdullah Ahmad Badawi menyambung tradisi itu dengan memperkenalkan Islam Hadhari yang kini tinggal slogan sahaja.

Slogan demi slogan diwar-warkan untuk menyaingi kejayaan PAS yang semakin mendapat tempat selepas pilihanraya 1999. Selepas itu, UMNO cuba menonjolkan dirinya sebagai Parti yang menegakkan Islam, lebih Islamik daripada PAS.

Apabila Tok Guru menyatakan Islam yang dibawa UMNO adalah Islam plastik atau Islam palsu, mereka melenting marah. Jika betul mereka mahukan Islam, mahu menjalankan hukum Islam, Kes sebat kartika itu sangat mudah untuk ditangani. Langkah awal ialah mengaktakan undang-undang syariah . Sistem perundangan di Malaysia perlu memberi ruang yang secukupnya untuk undang-undang syariah dilaksanakan dengan berkesan dan berwibawa . Biarlah syariah diberi ruang lebih luas untuk menampakkan keadilan dan keistimewaannya. Buat pindaan enakmen hukuman minum arak dan lain-lain kesalahan syariah sama seperti yang dianjurkan Al Quran.

Jangan pula beri alasan tiada pakar untuk menggubal undang-undang Syariah!!

Jika anda ingin menghormati Bulan Ramadhan, laksanakan Islam. Menolak Islam bermakna anda tidak menghormati Ramadhan, bulan yang penuh berkah, bulan diturunkan Al Quran!

No comments:

Post a Comment